Salam...
Berita kanak-kanak hilang sekarang makin menjadi-jadi. Situasi ini amat membimbangkan dan ia juga banyak menghantui aku. Ini kerana jika ada berita kehilangan kanak-kanak aku teringatkan kedua-dua anak kecil aku. Kalaulah perkara begini berlaku pada aku mmmmmm entahlah aku pun tak dapat nak bayangkan keadaan aku nak menghadapi situasi macam itu.
Tadi semasa aku withdraw duit di ATM Bank Rakyat Kuantan aku terpandang artikel tentang adik Nisha yang berumur 2 tahu hilang pada 4 June lalu yang sehingga kini tidak dijumpai. Sedihh....sedih...SEDIHHHH kenapalah makin ramai manusia yang tidak berhati perut sekarang ini. Aku harap kerajaan pinda la semula hukuman yang berat kepada penculik2 ini. Hukum bunuh aja yang layak aku rasa.
Apapun diharap keluarga adik Nisha tabah dengan dugaan ini dan marilah kita semua berganding bahu membantu semampu kita dlm usaha menjejak adik nisha.
Thursday, August 5, 2010
Pulangkan Nisha
Posted by cicak kobeng at 9:09 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment