BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, August 19, 2010


Ini sesuatu yang bagus sangat untuk diamalkan ........
Rasulullah SAW bersabda, ' Bila seorang anak Adam wafat, maka amalnya
terputus kecuali tiga hal iaitu:-
1] Shadaqah jariah
2] Ilmu yang bermanfaat
3] Anak shalih yang mendoakannya. (HR. Muslim, Abu Dawud , At-Tirmidzi ,
Nasa ' i dan Ahmad )

SADAQAH JARIAH - KEBAJIKAN YANG TAK BERAKHIR
1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, anda mendapatkan
hasanah
2. Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit
menggunakannya, anda dapat hasanah
3. Berbahagi bacaan yang berfaedah dengan seseorang
4. Bantu Pendidikan seorang anak
5. Ajarkan seseorang sebuah do ' a.
Pada setiap bacaan do ' a itu, anda dapat hasanah
6. Berbahagi CD Quran atau Do ' a
7. Libatkan dalam pembangunan sesebuah masjid tenaga atau harta
8. Letakkan pendingin air di tempat umum
9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung
dibawahnya, anda dapat hasanah
10. Bagikan email ini dengan orang lain. Jika seseorang menjalankan salah satu
dari hal diatas, Anda dapat hasanah sampai hari Qiamat.


Read more...

Friday, August 6, 2010

How to make a women happy

HOW TO MAKE A WOMEN HAPPY.

It’s not difficult to make a woman happy. A man
only needs to be:
1. a friend
2. a companion
3. a lover
4. a brother
5. a father
6. a master
7. a chef
8. an electrician
9. a carpenter
10. a plumber



11. a mechanic
12. a decorator
13. a stylist
14. a sexologist
15. a gynecologist
16. a psychologist
17. a pest exterminator
18. a psychiatrist
19. a healer
20. a good listener
21. an organizer
22. a good father
23. very clean
24. sympathetic
25. athletic
26. warm
27. attentive
28. gallant
29. intelligent
30. funny
31. creative
32. tender
33. strong
34. understanding
35. tolerant
36. prudent
37. ambitious
38. capable
39. courageous
40. determined
41. true
42. dependable
43. passionate
44. compassionate
WITHOUT FORGETTING TO:
45. give her compliments regularly
46. love shopping
47. be honest
48. be very rich
49. not stress her out
50. not look at other girls
AND AT THE SAME TIME, YOU MUST ALSO:
51. give her lots of attention, but expect little
yourself
52. give her lots of time, especially time for herself
53. give her lots of space, never worrying about
where she goes
IT IS VERY IMPORTANT:
54. Never to forget:
* birthdays
* anniversaries
* arrangements she makes


Read more...

Thursday, August 5, 2010

Pulangkan Nisha

Salam...

Berita kanak-kanak hilang sekarang makin menjadi-jadi. Situasi ini amat membimbangkan dan ia juga banyak menghantui aku. Ini kerana jika ada berita kehilangan kanak-kanak aku teringatkan kedua-dua anak kecil aku. Kalaulah perkara begini berlaku pada aku mmmmmm entahlah aku pun tak dapat nak bayangkan keadaan aku nak menghadapi situasi macam itu.

Tadi semasa aku withdraw duit di ATM Bank Rakyat Kuantan aku terpandang artikel tentang adik Nisha yang berumur 2 tahu hilang pada 4 June lalu yang sehingga kini tidak dijumpai. Sedihh....sedih...SEDIHHHH kenapalah makin ramai manusia yang tidak berhati perut sekarang ini. Aku harap kerajaan pinda la semula hukuman yang berat kepada penculik2 ini. Hukum bunuh aja yang layak aku rasa.

Apapun diharap keluarga adik Nisha tabah dengan dugaan ini dan marilah kita semua berganding bahu membantu semampu kita dlm usaha menjejak adik nisha.



Read more...

Tuesday, August 3, 2010

Tudung kristal Swarovski

Bagi kaum2 hawa yang duk minat nak menambah koleksi tudung famous zaman skang ni cam ariani boleh la melawat blog TERATAK rose. ada koleksi tudung yg mungkin anda semua tertarik..
cheer...


Read more...

Monday, August 2, 2010

Sukaneka Anjuran Belia 4B



Pada 31 Julai 2010 baru2 ini, Persatuan Belia 4B Kampung aku telah menganjurkan sukaneka. Ini bagi mengeratkan silaturahim antara penduduk kampung. Antara jabatan kerajaan yang menjayakan program ini adalah Polis Diraja Malaysia, Bomba dan Kesihatan.



Disini aku paparkan beberapa gambar untuk tatapan korang. TQ




Read more...

Thursday, July 29, 2010

Semoga Adib cepat sembuh..

Hari ni betul2 malas nak buat keje di opis ni. Mana tidaknya smlm aku tido pukul 5.30 am sebab si kecil Adib yg berumur 1 setengah tiba2 demam panas pd tengah malas. Tapi mujur la dia tidak merengek sgt cuma mahu baring di riba aku. Habis penuh di badan aku tampal cool fever dan naik lenguh gak la riba aku ni nak kasi si comel ini tido.

Tapi bila dikenangkan ibubapa kita dulu ini la yg ditempuh mereka dahulu dlm membesarkan aku. Dan roda telah berputar, skrg aku pula melaluinya. Akan aku jalankan tanggungjawab ini dgn sebaiknya tanpa merungut kepenatan. Dan aku berdoa supaya si comel ini sihat selepas aku balik keje ptg ini Insyaallah......


Read more...

Wednesday, July 28, 2010

Apa yang diceritakan oleh sahabat saya ( kisah benar )Roshaizad berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik dan baik hati. Suri rumahtangga sepenuhnya. Dikurniakan dua orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun. Beliau berkerja di sebuah syarikat antarabangsa sebagai maintenance engineer di samping memegang jawatan sebagai penyelia Emergency Responce Team ( ERT ) di kilangnya. Tugasnya agak sibuk dan adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan juga di hujung minggu.Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya sewaktu ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi.Kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van kilang yang lain di sebuah selekoh di Gurun, Kedah.
Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar selama 47 hari lagi.Saya di antara orang yang awal sampai di hospital selepas mendapat panggilan dari isterinya. Saya juga di antara orang yang pertama dilihatnya selepas beliau sedar dari koma selepas isteri dan doktor yang merawatnya.
Sewaktu beliau koma...Beliau telah didatangi oleh seorang malaikat dan mengatakan padanya usia beliau hanya tinggal 1 jam saja iaitu pada hari Ahad, jam 1.45 petang.Walau bagaimanapun Allah akan menangguhkan kematiannya sekiranya ada 50 orang yang mendoakan secara ikhlas akan panjang usianya . Beliau agak kebinggungan ketika itu.Beliau bertanyakan sudah ada berapa orangkah yang mendoakannya secara ikhlas sehingga kini. Jawab malaikat itu hanya baru 3 orang. Malaikat menunjukkan sesiapakah orang-orang itu. Dilihatnya insan itu ialah isteri beliau yang bercucuran airmata sejak hari pertama lagi beliau di hospital itu dan juga kedua anak beliau  yang sedang tidur tergolek di kerusi menunggu pesakit di luar wad.
Malaikat itu juga telah memperlihatkan akan mereka yang mendoakannya iaitu kawan-kawannya termasuk saya, ahli kariah masjid yang membacakan surah yasin untuknya. Ibubapanya, ibubapa isterinya, adik beradik, sahabat handai dan rakan sepejabat. Kesemua di antara mereka telah melawatnya dan mendoakannya tetapi tidak diterima oleh Allah .
Beliau bertanya kepada malaikat itu, mengapa doa mereka tidak diterima. Malaikat menjawab, tiada keikhlasan 100% di hati mereka.Masa kian suntuk. Dia pun tidak tahu mengapa malaikat memperuntukkan masa yang begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia ini. Apa yang terjadi padanya kini. Dia pun kurang pasti. Malaikat terus menunggu dan melihat waktu yang kian menghampiri jam 1.45 petang.Hanya tinggal 10 minit lagi. Adalah mustahil untuk mencari 47 orang yang ikhlas mendoakan panjang usianya dalam masa sesingkat itu.
Dia bertanyakan malaikat itu, adakah tuan akan mencabut nyawa sekiranya saya gagal mendapat 47 orang berkenaan, Jawan Malaikat "Ya:.Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya dan berkata, Allah mengkabulkan doa mereka yang mendoakan panjang usia anda. Anda berjaya mendapat 50 orang ikhlas yang berbuat demikian.
Roshaizad bertanya, siapakah orang-orang itu. Malaikat menunjukkan mereka itu. Mereka adalah jemaah anak yatim yang baru saja menunaikan solat dzohor sebentar tadi dan berdoa untuk anda. Anda pernah pergi ke rumah anak-anak yatim berkenaan pada bulan Ramadhan yang lalu dan pernah menghulurkan bantuan kewangan. Mereka telah terbaca di dalam akhbar harian berkenaan kemalangan anda dan dzhor tadi mereka telah bersolat dan berdoa untuk anda. Doa ikhlas mereka diterima Allah swt.
Malaikat itu kemudiannya ghaib dan tepat 1.45 petang Roshaizad tersedar dari komanya dan meraung kesedihan.Isteri beliau yang ada di sisinya turut menanggis dan juga saya. Saya sebenarnya tidak tahu pada ketika itu apa yang berlaku padanya di dalam komanya dan mengapa beliau menanggis selepas sedar dari komanya.Setelah beberapa ketika barulah cerita di atas ini diceritakan pada saya untuk tatapan anda sekelian.
Apa yang disesalkan:
1.Beliau telah mengabaikan masa santai bersama isteri dan anaknya kerana mengejar duit dan tanggungjawab kerja. Sedangkan isteri dan anak-anaknya amat sayang padanya dan doanya amat ikhlas.
2.Dia telah mengabaikan tanggungjawab sosial dengan jiran dan masyarakat sekeliling dan ini menyebabkan mereka tidak ada rasa kasih pada saya kalaupun saya mati
3.Dia telah mengabaikan dan tidak menepati janji-janji pada kawan-kawan sehingga kawan-kawannya marah padanya dan sehingga doanya tidak ikhlas. termasuk dengan saya.
4.Beliau jarang pergi masjid kecuali pada hari Jumaat dan ini menyebabkan jemaah masjid kurang mengenalinya dan menyebabkan doanya tiada keikhlasan
5.Beliau jarang memberi sedekah dan amal jariah. Nasiblah sumbangan ke rumah anak yatim yang diberikan tempoh hari atas desakan isteri beliau.
6.Beliau jarang bertolak ansur dengan kakitangannya walaupun hal-hal yang remeh. Ini menyebabkan kakitangannya membencinya dan doa mereka juga tiada keikhlasan.
7.Beliau jarang berkunjung ke rumah adik beradik dan takut adik beradik meminjam wang dengannya. Ini menyebabkan juga tiada keikhlasan dari mereka.
8.Beliau banyak kali menyakiti hati hati ke dua ibubapanya kerana tidak menunaikan janji untuk balik ke kampung pada hari-hari tertentu lantaran kerja beliau. Ini menyebabkan ibubapanya marah. Kes ini hanya Allah yang tahu.
9.Beliau gagal menunaikan solat pada waktunya lantaran kerja beliau atau adakalanya tertinggal terus terutamanya solat Asar
10.Beliau tidak menunaikan zakat walaupun beliau memang layak berbuat demikian.Sahabat:Allah masih sayang pada sahabat saya ini ataupun ianya untuk memberi pengajaran pada kita melalui tulisan saya ini.
Ambillah ikhtibar dari cerita ini.Sahabat saya ini masih gagal untuk mendapatkan perlindungan takaful disebabkan oleh kemalangan dan kecederaannya.Dirikan solat tepat pada waktunya, keluarkanlah zakat. Luangkan masa bersama keluarga.Imarahkan masjid selalu. Baliklah selalu lihat wajah ibubapa kerana Allah akan memberikan pahala ke atas perbuatan kita itu. Berbaiklah dengan jiran dan kenalilah mereka.Bertolak ansurlah dengan mereka yang memerlukan. Ingat! kita akan dapat apa yang kita telah beri. Selalulah memberi.  


Read more...